Jumaat, 25 Julai 2008
Hai kawan-kawan... Hari ini saya akan memberitahu anda semua tentang pengalaman-pengalaman saya dalam sebuah pertandingan bola sepak... Pada tahun yang lalu, saya adalah salah satu daripada 14 orang yang mewakili sekolah saya dalam sebuah pertandingan bola sepak... Pengalaman itu tidak begitu menggembirakan kerana pasukan sekolah saya selalu tewas... Kami melawan sekolah-sekolah yang lain yang hebat-hebat belaka seperti Sekolah Rendah Northland dan Sekolah Rendah SiLing... Perlawanan yang paling ghairah bagi saya adalah perlawanan antara Sekolah Rendah Woodgrove dengan Sekolah Rendah Canberra...
Dalam perlawanan itu, walaupun pasukan saya kalah 2-0, perlawanan itulah yang pasukan saya mempersembahkan cara permainan yang terbaik sekali.. Kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi, penjaga gol mereka sungguh hebat.. Pada pendapat saya, pasukan saya bukanlah tidak bagus, cuma kami perlu banyak berlatih dan bersenam..
Pada tahun ini, saya tidak banyak bermain bola kerana peperiksaan PSLE akan bermula dalam 68 hari lagi... Saya harap saya dapat markah yang cemrlang!!! Doakan saya ya....Hmmm... Itu sajalah...
Jumpa Anda Lagi!
11:01 PTG