Ahad, 20 Julai 2008
Hai lagi... Hari ini, saya akan memberitahu anda tentang Piala Dunia FIFA... Piala Dunia FIFA adalah pertandingan yang paling penting dalam pertandingan bola sepak antarabangsa yang dianjurkan oleh FIFA... Pertandingan ini diadakan setiap empat tahun sejak tahun 1930... Pertandingan ini terpaksa dibatalkan pada tahun 1942 dan 1946 kerana Perang Dunia Kedua(World War ).32 pasukan antarabangsa akan bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang akan dicalonkan awal-awal lagi...Dahulu, sebelum Piala Dunia FIFA telah diadakan, perlawanan bola sepak antarabangsa pertama telah dilangsungkan pada tahun 1872 antara England Dan Scotland... Beribu-ribu peminat pasukan masing-masing telah menghadiri perlawanan itu...Di rumah, semasa demam piala dunia, keluarga saya sanggup bangun pada pukul 2 pagi untuk menonton perlawanan Piala Dunia itu... Walaupun kita peminat setia Brazil, adik-beradik saya juga menyokong pasukan-pasukan yang lain seperti negara Sepanyol dan Jerman... Di sekolah pula, saya dan kawan-kawan menganjur sebuah 'pertandingan Piala Dunia' yang dimain setiap minggu selepas sekolah.. Pialanya bukan piala yang sebenarnya, tetapi, piala itu adalah hanya makanan dan minuman yang harus dibelanja oleh pasukan-pasukan yang kalah..Hmmm... Itu sajalah!! Jumpa Anda Lagi!!!
Jumpa Anda Lagi!
6:45 PTG