Kegemaran Ku
Photobucket - Video and Image Hosting
Khamis, 10 Julai 2008


Hmmm... Saya rasa saya mahu ceritakan kamu tentang sejarah Bola Sepak. Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola sepak di sekolah-sekolah United Kingdom telah menjadi teratur dan sudah menjadi lebih popular... Undang-undang awal juga sudah pun diperkenalkan... Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan di 1863 oleh beberapa kelab bola sepak...Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur... Sekian itu saja!!! Jumpa anda lagi di pos yang lain!!!



Jumpa Anda Lagi!
10:37 PTG

E-mel
mustaqim_96@hotmail.com

Tentang Saya
Nama saya Mustaqim Saya bersekolah di Sekolah Rendah Woodgrove Dan Saya Suka Bermain Bola

Ruang Borak

Kegemaran Ku
Saya gemar bermain bola !!!

Kawan-kawan Ku
Solihin
Aidilazmil
Sharida
Hazlinda


Penghargaan
Cikgu Tuty=)
Afiq=)
Kak Haz=)
Production:H.Voice
1 2 3 4